Apa itu 'kata sendi nama'? Edisi 2

Salam dan Selamat Sejahtera! Kita kembali lagi minggu ini dengan tiga lagi kata sendi nama yang mengelirukan! UNTUK #1 : Khusus bagi seorang "Kereta mainan ini untuk adik saya yang bongsu. " BAGI #1 : Kegunaan secara umum "Kami mengutip derma bagi anak-anak yatim." DEMI #1 : Tujuan "Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini." #2 : Urutan satu atau sekumpulan "Buku ini telah disusun atas meja satu demi satu." SEPERTI/BAGAI #1 : Menunjukkan maksud perbandingan. "Rambut datuk saya putih seperti kapas." DENGAN #1 : Bersama-sama. "Saya menonton wayang dengan Aini." #2 : Cara sesuatu dilakukan. "Dia menyambut tetamu dengan tangan terbuka." #3 : Perbandingan y

Apa itu 'kata sendi nama'?

Salam dan Selamat Sejahtera! Kata sendi nama - yang mana pilihan kamu? DARI Arah Tempat Masa #1 : Arah atau tempat "Ibu pulang dari pasar." #2 : Waktu atau masa "Kelas tambahan saya dari pukul 2 petang hingga 4 petang." DARIPADA #1 : Punca bagi manusia, haiwan, benda “Surat ini daripada sahabat pena saya.” #2 : Asal kejadian sesuatu atau benda “Beg ini diperbuat daripada kulit buaya.” #3 : Perbezaan atau perbandingan “Ashraf lebih tinggi daripada abangnya.” KE #1 : Arah atau tempat "Ali perlu pergi ke sekolah pada hari Sabtu." #2 : Waktu atau masa "Ali bermain di padang itu dari pagi hingga ke petang." KEPADA #1 : Sasaran yang merujuk manusia dan haiwan "Ali mengirim surat kepada abangnya d

Marilah Belajar Peribahasa!

Salam dan Selamat Datang! Hari ini, kita akan membongkar rahsia untuk mencapai markah penuh dalam peperiksaan untuk bahagian peribahasa. Pada masa kini, ramai pelajar menghadapi masalah dalam memahami maksud peribahasa yang diberikan semasa peperiksaan. Hakikatnya, peribahasa merupakan bahagian yang paling mudah untuk mencapai markah penuh. Selain itu, peribahasa juga boleh digunakan oleh para pelajar dalam penulisan untuk memantapkan karangan. Oleh itu, para pelajar disarankan untuk mempelajari peribahasa dengan memahamkan maksud peribahasa itu sendiri. Mulakanlah kajian peribahasa awal dan ulang kajilah sedikit demi sedikit. Maksud peribahasa tersebut harus difahamkan, bukan sekadar dihafa

Teknik Peperiksaan Lisan PSLE 2018

Sudahkah ANDA bersedia untuk peperiksaan Lisan PSLE 2018 pada tanggal 16 & 17 Ogos 2018 yang menyumbang kepada 25% markah keseluruhan? Format dan Komponen Peperiksaan Lisan PSLE (2018) 1. Bacaan Lantang: 20 markah - Sebutan sentiasa baik dan jelas - Bacaan amat lancar - Jeda dan rentak sesuai dan tidak teragak-agak - Variasi nada sesuai 2. Perbualan: 30 markah Respons Peribadi dan Pengembangan Idea (15m) - Memerlukan bantuan yang minimal - Mampu memberikan respons yang komprehensif serta pengembangan yang cukup - Melibatkan diri dalam perbualan dan bertukar-tukar idea secara konsisten Penggunaan bahasa dan kelancaran (15 m) - Menggunakan pelbagai kosa kata yang sesuai - Mampu bertutur dengan

Mencungkil Idea Yang Menarik!

"Saya tidak tahu apa yang hendak ditulis! Argh!" Sebuah karangan yang berjaya mestilah mempunyai jalan cerita yang menarik. Malangnya, pasti anda sering rasa tertekan kerana tidak mempunyai idea untuk menulis karangan. Akibatnya karangan yang ditulis terlalu pendek dan hambar. Sebenarnya, anda ADA IDEA dan BOLEH MENULIS. Idea anda hanya terpendam dalam minda dan perlu tercungkil keluar dengan menjawab beberapa soalan. Jadi, jangan setakat merenung kertas soalan; segeralah membuat rangka berdasarkan 6 Kata Tanya - Siapa, Apa, Di Mana, Bila, Mengapa dan Bagaimana seperti imej di atas itu. Percayalah, merancang karangan tidak membuang masa! Ia membantu melancarkan penulisan kita agar tidak ters

[Lisan] Bertimbang Rasa Di Pusat Makanan

Sudahkah anda bersedia untuk peperiksaan lisan PSLE Ogos ini? Marilah berlatih! Tema: Bertimbang Rasa Di Pusat Makanan Soalan 1: Bolehkah kamu menceritakan satu amalan yang baik dalam video tadi? Soalan 2: Pernakah kamu mengalami sesuatu yang kurang memuaskan di sebuah pusat makanan? Ceritakan pengalaman tersebut. Soalan 3: Pada pendapat kamu, bagaimanakah kita dapat memupuk sifat bertimbang rasa dalam diri rakyat Singapura? Pusat Bahasa NUSA www.nusa.sg