Kata Perintah!

Salam dan Selamat Sejahtera semua! :) Pernahkah anda disuruh oleh seseorang untuk melakukan sesuatu? #StrategiSelasa kali ini akan mengupas cara penggunaan kata perintah. Kata Perintah - Perkataan yang digunakan untuk memberi perintah, iaitu suruhan, larangan, silaan atau permintaan, untuk mendapatkan tindak balas. Kata partikel -lah boleh ditambahkan di belakang kata perintah untuk melembutkan perintah tersebut. *kata larangan (jangan, usah) tidak boleh disertakan dengan kata silaan (sila, jemput) atau kata permintaan (minta, tolong) CONTOH KATA PERINTAH : Jangan Sila Minta Berhenti Usah Jemput Tolong Mari Jangan merokok di sini. Berhenti menulis. Masa sudah tamat. Usah bermain di kolong bl

TEKNIK PERSEDIAAN PSLE 2018

Strategi Selasa minggu ini akan berkongsi teknik persediaan PSLE 2018! Impian setiap pelajar sudah semestinya untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, hadapilah setiap peperiksaan dengan penuh persediaan agar anda dapat meraih kejayaan yang diimpikan selama ini. Persediaan peperiksaan diagihkan kepada 3 bahagian - Persediaan Peringkat Awal, Persediaan Peringkat Pertengahan dan Persediaan Akhir. PERSEDIAAN AWAL Persediaan awal terdiri daripada tumpuan semasa di dalam kelas. Lengkapkan nota-nota selepas guru selesai mengajar setiap topik. Jangan tangguhkan hingga pada saat-saat akhir peperiksaan. Ulang kaji dan baca semula semua nota-nota mata pelajaran. Dapatkan bimbingan tambahan oleh guru-guru di

Menguasai teknik menjawab kefahaman

Salam sejahtera kepada semua! Adakah anda sedang menghadapi kesulitan menjawab soalan kefahaman? Jangan panik, kami akan kongsikan teknik menjawab kefahaman yang berkesan. *TIP : Fahami petikan kefahaman dengan menggunakan kata kunci berikut : SIAPAKAH, BILAKAH, APAKAH, BAGAIMANAKAH DAN MENGAPAKAH 1. SIAPAKAH? - Berkaitan dengan watak-watak dalam petikan 2. BILAKAH? - Berkaitan dengan masa, waktu dan tarikh yang dikisahkan dalam petikan 3. APAKAH? - Berkaitan dengan kejadian yang dikisahkan dalam petikan 4. BAGAIMANAKAH? - Berkaitan dengan bagaimana suatu kejadian berlaku dalam petikan 5. MENGAPAKAH? - Berkaitan dengan mengapa suatu kejadian berlaku dalam petikan Haa, janganlah takut dengan

Awalan peN- !

Hai Kawan Kawan! Minggu ini, kita akan mempelajari Awalan peN-. Awalan peN- terdiri daripada pe-, pem-, pen- dan peng-, penge-. Awalan pen- Kata Dasar : Curi Kata Terbitan : Pencuri Kata Dasar : Dapat Kata Terbitan : Pendapat Kata Dasar : Jaja Kata Terbitan : Penjaja Kata Dasar : Syarah Kata Terbitan : Pensyarah Kata Dasar : Ziarah Kata Terbitan : Penziarah Awalan peng- Kata Dasar : Atur Kata Terbitan : Pengatur Kata Dasar : Elak Kata Terbitan : Pengelak Kata Dasar : Ikut Kata Terbitan : Pengikut Kata Dasar : Olah Kata Terbitan : Pengolah Kata Dasar : Ukur Kata Terbitan : Pengukur *TIP : A , E , I , O , U* Kata Dasar : Gulung Kata Terbitan : Penggulung Kata Dasar : Hubung Kata Terbitan : Pen