Akhiran Kata Kerja

Salam dan Selamat Sejahtera adik-adik! Hari ini, kita belajar tentang akhiran kata kerja ya 😊 Akhiran Kata Kerja Akhiran yang membentuk kata kerja terbitan dalam bahasa Melayu ialah : i. -kan i. -i Akhiran Kata Kerja -kan a) Dalam ayat pasif bagi kata ganti nama orang pertama dan orang kedua Contoh : (Makna 1 : menjadikan) *Kata Ganti Nama Pertama Pertama - KGN 1 Kata Ganti Nama Pertama Kedua - KGN 2 (KGN 1) - Rencana-rencana itu saya bukukan. (KGN 1) - Rumah itu kami dirikan bersama-sama. (KGN 2) - Kisah itu anda riwayatkan dengan jelas. Contoh : (Makna 2 : Melakukan sesuatu untuk orang lain) (KGN 1) - Bubur ini saya masakkan untuk Ahmad. (KGN 1) -Buku ini saya hadiahkan kepada awak. c) Da

Kata Bantu!

Salam dan Selamat Sejahtera! Dalam #StrategiSelasa minggu-minggu yang lepas, kita telah mempelajari Kata Pemeri dan Kata Nafi. Kali ini, kita akan bincangkan komponen bahasa yang dinamakan Kata Bantu pula. Apa itu Kata Bantu? Kata bantu ialah kata yang digunakan unutuk menerangkan perbuatan pada suatu masa atau ragam yang berkenaan dengan sesuatu perbuatan. Kata Bantu boleh dibahagikan kepada kata bantu aspek dan ragam. Kata Bantu Aspek Berkaitan dengan masa ; pada masa kini, pada masa hadapan dan pada masa lalu. Contoh : Akan - Kita akan mencapai keputusan yang cemerlang jika kita bekerja keras. Belum - Suri belum lagi mengemas barang-barangnya walaupun disuruh ibu. Pernah - Borhan pernah t

Kata Nafi!

Salam dan Selamat Sejahtera semua! Pernahkah anda terfikir tentang perbezaan antara perkataan 'bukan' dan 'tidak'? Tahukah anda bahawa perkataan 'bukan' dan 'tidak' ialah sebuah Kata Nafi? Haaa, minggu ini, kami akan bincangkan komponen Kata Nafi. Apa itu 'Kata Nafi'? Kata Nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan sesuatu. Terdapat dua Kata Nafi - 'Bukan' dan 'Tidak' 1. Kata Nafi 'bukan' Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau frasa sendi nama. Contoh : (FRASA NAMA) - Saya bukan murid tahun lima. (FRASA SENDI NAMA) - Dia bukan daripada keluarga yang senang. 2. Kata Nafi 'tidak' Kata nafi 'tidak' digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa

Kata Pemeri!

Salam dan Selamat Sejahtera semua! #StrategiSelasa minggu ini bakal membantu anda untuk membezakan antara Kata Pemeri 'adalah' dan 'ialah'. Kata Pemeri 'ialah' perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. Terdapat dua Kata Pemeri - Ialah dan Adalah 1. Kata Pemeri 'ialah' Kata pemeri 'ialah' digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri 'ialah' digunakan sebelum kata nama atau frasa nama. Contoh: - Samsuri ialah rakan karib saya. (KATA NAMA) - Beliau ialah ketua murid sekolah ini. (FRASA NAMA) 2. Kata Pemeri 'adalah' Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan frasa nama + fra