Saya Boleh Mengarang Pt 2

Mengembangkan Watak Untuk menghidupkan watak-watak, kita mesti cuba menggambarkan serba-sedikit ciri-ciri fizikal mereka yang dapat kita lihat, dengar, bau atau sentuh. Antara unsur-unsur fizikal yang boleh diketengahkan ialah : Raut Wajah Rambut Badan Pakaian Tingkah Laku Suara Sentuhan tangan Bau badan Apabila hendak memerikan perwatakan seseorang pula, kita harus memberikan contoh-contoh atau bukti-bukti yang boleh menunjukkan perwatakannya itu. Perwatakan : Pelokek Contoh : 1. Ahmad cepat-cepat makan apa yang dibelinya sebelum adik-adik lain dapat meminta sedikit. 2. Pak Mail sanggup meminta wang tukar apabila menderma. Perwatakan : Bengis Contoh : 1. Puan Lim menghentak meja sebelum sem

Saya Boleh Mengarang pt 1

Mengembangkan Latar Untuk menjadikan karangan kita lebih hebat lagi, kita harus cuba untuk mengembangkan watak, mengembangkan latar dan mengembangkan plot. Gunakan kelima-lima deria kita untuk menulis apa yang boleh dilihat, didengar, dihidu, dirasa dan disentuh (5D). Berikut ialah contoh Bank Latar yang boleh anda sediakan di dalam Jurnal Penulisan untuk membantu anda dalam menulis karangan yang baik. Senarai yang disediakan di sini masih boleh ditambah dan diperluaskan lagi. Selain daripada mengambil contoh-contoh yang terdapat dalam bahan-bahan bacaan kita, latihlah diri untuk mengamati sendiri sesuatu keadaan yang kita saksikan dan catatkannya dalam Jurnal Penulisan. Sekali lagi, jangan

Teknik menjawab Kefahaman Objektif

Selamat Sejahtera adik-adik! Tahniah kepada semua murid-murid darjah enam yang telah berjaya menduduki peperiksaan PSLE tahun ini. Buat adik-adik darjah 1 hingga 5 pula, inilah masanya untuk membuat latihan saat terakhir. Janganlah risau, Pusat Bahasa Nusa akan membantu adik-adik untuk menduduki peperiksaan Bahasa Melayu dengan penuh keyakinan. #StrategiSelasa kali ini akan mengupas cara untuk menjawab Kefahaman Objektfif. Ciri-ciri kefahaman objektif - Teks - Soalan (Rujukan & Bahasa) - 1 Jawapan - 3 Pendaya Teknik menjawab Kefahaman Objektif : 1. Baca Soalan 2. Baca Teks 3. Jawab Soalan Rujuk kepada petikan di bawah ini Baca Soalan Apakah maklumat yang boleh kita ketahui melalu bacaan soal

Panduan Menjawab Rangsangan Grafik dan Interaksi Penulisan

Rangsangan Grafik. Rangsangan grafik ialah suatu komponen dalam kertas bahasa Melayu yang terdiri daripada soalan-soalan berdasarkan sebuah teks brosur, iklan dan sebagainya. Panduan menjawab rangsangan grafik 1. Baca soalan 2. Garis bawah kata kunci 3. Lihat rangsangan grafik 4. Kenal pasti komponen yang dicari Komponen Rangsangan Grafik Tujuan Iklan Tujuan Kegiatan Anjuran Untuk Siapa Masa Tempat Pendaftaran Harga Hadiah Atur Cara Keterangan Lanjut Teliti brosur yang berikut. Cara terbaik untuk menjawab soalan berkenaan brosur ini adalah dengan membulatkan kata-kata bantu. Berikut ialah contoh interaksi penulisan Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam peperiksaan bahasa Melayu! 😀 #S

Latihan Bahasa Melayu

Salam dan Selamat Sejahtera adik-adik! :) Kita akan mempelajari komponen 'Kata Hubung' pula buat #StrategiSelasa kali ini. Perkataan 'hubung' bermaksud bercantum dengan yang lain; bersambung; berangkai. Oleh itu, 'Kata Hubung' ialah sebuah perkataan yang mecantum atau menghubungkan dua atau lebih kata, frasa atau ayat. Tontonilah video yang terdapat di bawah ini untuk keterangan lanjut tentang Kata Hubung! Haaaa, sudahkah anda faham cara penggunaan kata hubung? Cubalah latihan tatabahasa kami minggu ini. Semoga maju jaya! #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa