Kata Ganti Nama (Khas untuk adik-adik Darjah 1 2019)

Kata Ganti Nama (Diri Tanya) Contoh kata ganti nama diri tanya : Ibu Fazli siapa? Nama kamu siapa? Minuman kegemaran kamu apa? Abang Adi mana? Nama kucing itu apa? Cuba teka! Pilih kata ganti nama diri tanya yang sesuai dengan ayat-ayat berikut. 1. Nama awak (Siapa/Apa)? 2. Ibu awak (apa/mana)? 3. Makanan kegemaran awak (mana/apa)? 4. Anis hendak ke (mana/siapa)? 5. Guru awak (apa/siapa)? Kata Ganti Nama diri orang Contoh kata ganti nama diri orang : 1. Nama saya Aisyah. Nama awak siapa? 2. Nama saya Halim. Dia Haikal. Kami adik beradik. 3. Mereka sedang buat apa? Mereka sedang bermain di taman. Mari kita pergi! Mari Cari! Sekarang giliran anda pula untuk cari kata ganti nama diri orang dala

8 pembukaan karangan yang baik!

Pembukaan karangan yang baik akan memancing minat pembaca untuk terus membaca. #StrategiSelasa kali ini akan kongsikan cara-cara untuk menulis pembukaan karangan yang baik. 1. IMBAS KEMBALI Setiap kali aku duduk mengulang kaji pelajaran, pasti tanganku akan mula memintal-mintal rantai berloketkan sebentuk hati yang tergantung di leherku. Walaupun rantai ini murah sahaja, ia terlalu berharga pada diriku. Rantai inilah yang menjadi galang ganti sahabat karibku, Sara. Masih terpahat di ingatanku saat Sara menghadiahkan rantai itu kepadaku dari katil hospitalnya. 2. DIALOG "Man, orang kata malang tidak berbau. Walaupun kau berhati-hati, kemalangan masih boleh terjadi," nasihat Aliff lembut. "Ala

5 Aktiviti Riadah untuk cuti sekolah ini!

Salam sejahtera adik-adik! Tahniah kerana telah menamatkan peperiksaan anda! Tahukah anda bahawa terdapat banyak aktiviti aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan pada masa cuti sekolah ini? #StrategiSelasa hari ini akan kongsikan 5 aktiviti riadah bermanfaat untuk cuti sekolah ini! KEM MOTIVASI Kem motivasi adalah antara program cuti sekolah yang paling bermanfaat. Ia disasarkan untuk membantu adik-adik yang ingin meningkatkan keyakinan diri, membina semangat baik dalam bidang akademik mahupun pembinaan sahsiah secara holistik. BELAJAR PENGGUNAAN ALAT MUZIK Terdapat banyak manfaat dalam mempelajari kemahiran baharu seperti penggunaan alat muzik. Satu manfaatnya ialah, kemahiran ini dapat me

Saya Boleh Mengarang Pt 3

Mengembangkan Plot Untuk mengembangkan plot pula kita perlu bertanyakan soalan-soalan kunci seperti : siapa, di mana, bila, apa, bagaimana, mengapa. Bayangkan anda seorang wartawan yang perlu mengambil tahu setiap sudut cerita supaya pembaca mendapat gambaran sebenar apa yang telah terjadi. Kadangkala seorang wartawan juga akan menyiarkan kata-kata orang yang diwawancara untuk meningkatkan keprihatinan pembaca. Sebagai penulis sebuah cerita pula, kita boleh memuatkan dialog-dialog watak dalam karangan supaya pembaca dapat merumuskan sendiri perasaan watak. Contoh Cuba gunakan idea-idea yang terdapat dalam panduan "Saya Boleh Mengarang" ini untuk mengedit karangan-karangan yang telah kamu tul