Awalan - Kata Kerja (Persediaan awal Darjah 5/6 2019 )

Selamat petang kawan-kawan! Hari ini, kita akan mempelajari Awalan BER. Gunakanlah maklumat ini sebagai panduan yang dapat membimbing anda dalam persediaan awal sebelum pulang ke sekolah tahun depan nanti. Ayuh, mari kita mula! Makna awalan ber - a) Melakukan perbuatan Contoh : - Peserta program motivasi itu bersenam di tepi pantai. - Musuh mula berundur sejak subuh tadi. b) Perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri. Contoh : - Kucing memang suka berjemur. - Budak-budak itu bersembunyi di bawah katil. c) Perbuatan bersalingan , iaitu saling melakukan perbuatan. Contoh : - Semalam Ali bertumbuk dengan Ahmad. - Ayam jantan itu suka berlaga. d) Mempunyai Contoh : - Orang kaya lazimny

Latihan Bahasa - Khas buat pelajar Darjah 1 2019

Ketika murid-murid masuki darjah 1, mereka akan dipimpin untuk mendengar, menyebut dan mengenal huruf dan perkataan. Kemudian, murid-murid akan digalakkan untuk menggunakan kemahiran-kemahiran tersebut dalam penulisan. Dengan itu, ia amat penting untuk murid-murid mempunyai asas bacaan dan ejaan yang kukuh. Anda rasa anda sudah boleh membaca? Cubalah latihan ejaan di bawah ini pula! Semoga adik-adik dapat mencintai bahasa melayu dengan mendalam lagi :) Selamat maju jaya! #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa

Panduan Lisan - Penjagaan Alam Sekitar

Tema : Penjagaan Alam Sekitar Tips menjaga alam sekitar Menghijaukan estet perumahan (sudut berkebun- tidak rugi berbudi pada tanah) Cara menjaga alam- apa yang boleh kamu lakukan? Guna semula (reuse) – seluar jeans lama boleh dijahit menjadi beg Kurangkan penggunaan(reduce)- gunakan kedua belah muka surat kertas kosong Kitar semula (recycle)- buang sampah kertas/ kaca dan logam di tong kitar semula yang disediakan Tonton video diatas dan cuba untuk menjawab soalan-soalan di bawah ini! Semoga panduan ini dapat membantu adik-adik dalam peperiksaan lisan nanti! :) Selamat Maju Jaya! #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa