Karangan Contoh PSLE: Pengalaman Membantu Seseorang

“Mak Cik, di mana rumah Mak Cik?” Aku bertanya kepada seorang perempuan tua yang aku jumpai di tepi perhentian bas. Wajahnya kelihatan lesu dan pucat. Pakaiannya compang-camping dan di sebelahnya kelihatan beberapa buah beg. Aku berasa hiba memandang warga tua itu. Ketika itu, aku baru sahaja melangkah keluar dari sekolahku. Manik-manik keringat mengalir di pipi gebuku disebabkan oleh cuaca panas terik. Aku memerhatikan warga tua itu sambal menunggu jawapannya. Namun, dia hanya melihat aku dari hujung rambut hingga ke hujung kaki dan mengabaikan pertanyaanku seperti aku seorang makhluk asing yang muncul di hadapannya. Aku pun mendiamkan diri sahaja. Aku ingin membantu warga tua itu tetapi ol

Karangan Contoh PSLE Tema: Satu Dilema

Pembukaan “Azman, tunggu dulu!” Aku berteriak meminta Azman menungguku. “Fauzi, aku ada hal sedikit hari ini. Pulang dulu ya!” balas Azman tanpa menoleh sedikit pun ke arahku. Hari itu, aku berjalan pulang ke rumah seorang diri, tanpa Azman, sahabat baikku. Hatiku terasa begitu berat, seberat beg sekolah yang aku galas. Selalunya jika hari terlalu panas, kami akan berhenti di sebuah kedai buah-buahan untuk menikmati jus tembikai sedingin salju. Namun, pada hari itu, aku sedikit pun tidak berselera. Aku benar-benar merasakan perubahan pada diri Azman sejak dia mula berkawan rapat dengan Sani, seorang pelajar baru di sekolah kami. Permulaan masalah Sedang aku asyik melayan perasaan hampa, pan

Karangan Contoh PSLE Tema: Kecurian

Pembukaan “Aku baru sahaja mendapat telefon bijak ini semalam,” kata Siti sambil menayangkan telefon bimbitnya itu. “Wah! Canggihnya telefon awak. Saya pun mendapat telefon bimbit yang baru beberapa hari yang lepas,” balas seorang lagi pelajar. Perbualan rancak antara teman-teman sedarjahku menerjah gegendang telingaku sebaik sahaja aku memasuki kelas. Serta-merta perasaan cemburu menyelinap masuk ke dalam lubuk hatiku. Hanya aku seorang yang tidak memiliki sebuah telefon bijak. Lahar kemarahan membuak-buak setiap kali aku melihat teman-temanku menayang-nayangkankan telefon bimbit mereka di hadapanku. Permulaan masalah Petang itu aku mengumpulkan segala keberanian yang ada dalam diriku untuk

Tips Untuk Fokus Di Dalam Kelas

Selamat petang semua! Adakah anda selalu berasa resah dan letih ketika guru sedang mengajar di dalam kelas? Hari ini, kita akan kongsikan beberapa tip yang dapat membantu anda kekal fokus ketika berada dalam kelas. Tip Pertama: Tidur yang cukup Tidurlah awal dan dapatkan tidur yang secukupnya kerana apabila tidur tidak mencukupi, bermakna otak dan badan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Inilah menyebabkan anda tidak mampu fokus sekali gus tidak dapat memahami apa yang diajarkan guru. Tip Kedua: Pasangkan Niat Anda pasti tahu bahawa setiap perkara yang anda lakukan pastinya diawali dengan niat, iaitu tekad yang terucap dalam hati seseorang ketika hendak melakukan sesuatu. Contoh dalam kon