Kaedah Pengajaran

Kami di Pusat Pembelajaran Edufront memainkan dua peranan asas iaitu sebagai pendidik serta penyelidik pendidikan. Kami menggunakan strategi yang berasaskan penyelidikan dalam kaedah pengajaran dan dalam pembentukan program-program kami. Hal ini dilakukan dengan tujuan untuk membantu anak anda belajar dengan lebih bijak agar dapat mencapai keputusan akademik yang lebih baik di sekolah.
 

Kami memahami bahawa setiap murid adalah unik dan mempunyai kebolehan pembelajaran dan gaya pemahaman yang berbeza. Setiap pelajar yang mendaftar ke program kami diteliti dan dinilai terlebih dahulu untuk memastikan bahawa kaedah pengajaran yang digunakan bersesuaian dengan mereka. Hal ini turut membezakan kami dengan pusat-pusat pembelajaran yang lain.

 

Kesemua tutor kami adalah bekas/masih guru di sekolah-sekolah MOE. Mereka merupakan pakar-pakar yang terlatih dalam bidang pendidikan, berpengalaman dan berkelayakan dengan pencapaian akademik yang cemerlang.

 

Klik di sini untuk melihat profil, latar belakang dan pencapaian tutor-tutor kami.

 

Kunci kaedah pengajaran berasaskan penyelidikan yang digunakan di Pusat Pembelajaran Edufront adalah seperti berikut:

 

Penguasaan Konsep
• Pemakaian pendekatan MOE iaitu CPA (Concrete/ Pictorial/Abstract) untuk membantu pelajar menguasai konsep.

• Konsep-konsep penting dalam setiap unit pembelajaran akan diperkukuhkan dan dikuasai oleh murid terlebih dahulu sebelum meneruskan ke tahap pembelajaran yang lebih lanjut.

• Ujian diagnostik dijalankan untuk mengenal pasti sebarang kelemahan dalam penguasaan konsep.

• Maklum balas dan pembetulan konsep akan dilakukan dengan segera agar dapat mengukuhkan penguasaan pelajar bagi setiap unit pelajaran.

 

Pengajaran Yang Dipelbagaikan

• Bahan dan teknik pengajaran dipelbagaikan dan digunakan berdasarkan kebolehan pelajar.

• Bilangan murid yang kecil dalam setiap kelas memastikan kebolehlaksanaan suatu pengalaman pembelajaran yang berbeza.

 

Metakognisi 

• Pelajar akan dibimbing untuk memahami setiap proses pemikiran mereka.

• Pelajar akan belajar untuk mengenal pasti faktor-faktor yang menghalang prestasi mereka.

• Pelajar akan diajar kemahiran heuristik kemahiran dan strategi-strategi yang membolehkan mereka untuk melakukan tugas secara automatik.

• Pelajar diajar untuk menilai prestasi mereka sendiri.

 

Teori Behaviorisme

• Kami berharap agar dapat menanamkan sikap tidak putus asa dalam diri setiap murid.

• Sasaran kami ialah untuk meningkatkan tahap keyakinan dalam diri setiap murid melalui program latihan intensif kami.

 

Pengajaran Berpusatkan Pelajar

• Kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan mengambil kira setiap keperluan, kebolehan, minat dan gaya pembelajaran murid kami.

• Pelajar-pelajar akan digalakkan untuk bersikap proaktif dan bertanggungjawab atas pembelajaran mereka sendiri.