Kemudahan Bilik Darjah

 

Di Edufront kami menyediakan persekitaran pembelajaran yang kondusif. Bilik-bilik tutorial berhawa dingin kami dilengkapi dengan peralatan-peralatan mewah seperti papan putih interaktif, projektor, sambungan Wi-Fi serta teknologi Apple bagi menyokong pengajaran dan pembelajaran.

 

Kami juga mempunyai koleksi besar buku kanak-kanak yang telah diiktiraf sebagai antara buku yang terlaris. Koleksi bahan-bahan rujukan seperti Kamus Dewan dan Encyclopedia juga turut disediakan untuk pelajar kami. Buku-buku ini boleh dibawa pulang untuk dipinjam secara percuma.