Majalah Kembara NUSA

*Eksklusif untuk tempahan sekolah dan pelajar Tuisyen Pusat Bahasa NUSA sahaja

Pengumuman: Tempahan Sekolah untuk Majalah Kembara NUSA Tahun 2019 dibuka. Sila lihat di bawah untuk butiran lanjut.

Majalah Kembara NUSA diterbitkan setiap penggal, khas untuk para pelajar sekolah rendah (darjah 5 & 6) dan menengah di serata Singapura.

 

Tujuan kami menghasilkan majalah ini adalah untuk:

  • menyediakan bahan bacaan yang bermutu untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (atasan) dan sekolah menengah di Singapura.

  • memupuk minat membaca dalam diri para pelajar.

  • menjadi wadah untuk para pelajar menyumbangkan karya kreatif mereka.

Antara komponen-komponen penting yang akan kami paparkan dalam setiap keluaran ialah:

  • rencana-rencana yang berkaitan dengan budaya, sains dan teknologi, isu semasa

  • permainan bahasa

  • karya pelajar ( cerpen / karangan naratif , deskriptif dan ekspositori )

  • puisi (sajak/ pantun/ syair dan sebagainya)

* lampiran kerja disertakan sekali

Jangan lepaskan peluang untuk mendapatkan bahan bacaan bahasa Melayu yang bermutu ini.

Selamat mengembara!

Cikgu Hayati Abdullah

Ketua Editor

TEMPAHAN SEKOLAH UNTUK MAJALAH KEMBARA NUSA TAHUN 2019

Kepada: HOD/SH/Coordinator (Jabatan Bahasa Melayu)

Buat tahun ketiga, Pusat Bahasa NUSA akan menerbitkan satu majalah Bahasa Melayu untuk para pelajar sekolah rendah (darjah 5 & 6) dan menengah 1-5.

Tujuan kami menghasilkan majalah ini adalah untuk:

▹ menyediakan bahan bacaan yang bermutu untuk pelajar-pelajar sekolah rendah (atasan) dan sekolah menengah di Singapura.
▹ memupuk minat membaca dalam diri para pelajar.
▹ menjadi wadah untuk para pelajar menyumbangkan karya kreatif mereka.

Antara komponen-komponen penting yang akan kami paparkan dalam setiap keluaran ialah:

▹ rencana-rencana yang berkaitan dengan budaya, sains dan teknologi, isu semasa
▹ permainan bahasa
▹ ulang kaji tatabahasa
▹ karya pelajar ( cerpen / karangan )
▹ panduan mengarang
▹ puisi (sajak/ pantun/ syair dan sebagainya)

**Bonus: Lampiran kerja yang memuatkan soalan-soalan dan aktiviti berdasarkan rencana majalah

Majalah ini dikelolakan oleh Cikgu Hayati Abdullah, Pengasas Pusat Bahasa NUSA dan penulis buku karangan bersiri Saya Boleh Mengarang™ terbitan EPH. Majalah ini akan dikeluarkan pada setiap penggal - pada bulan Januari, April, Julai dan September.

Kami sertakan di pautan ini contoh majalah Kembara NUSA untuk rujukan.http://bit.ly/kembaranusa_sample

Tempahan untuk tahun 2019 boleh dibuat melalui borang langganan yang kami sediakan.

 

[BORANG LANGGANAN]

Semoga usaha kita bersama dapat membentuk generasi pelajar yang minat membaca.

Sila kirimkan borang yang lengkap melalui E-mel ke: nusa@edufront.com

☎️ Untuk pertanyaan sila hubungi kami di talian: 97249422 / 84288946