Misi Kami
 
Matlamat kami adalah untuk memupuk minat para pelajar dan membantu mereka mencapai kecemerlangan dalam penggunaan Bahasa Melayu melalui program-program bimbingan dan pengayaan yang menyeronokkan dan berkesan.  
 
Latar Belakang Kami
 
Pusat Bahasa Nusa merupakan anak syarikat Edufront Learning Centre yang ditubuhkan pada tahun 2012. Kami menawarkan kelas bimbingan serta  bengkel-bengkel pengayaan Bahasa Melayu.
 
Kami menyediakan bengkel penulisan bahasa Melayu yang bertujuan untuk membantu para pelajar menghasilkan penulisan yang menarik dan berkesan. Bengkel penulisan ini akan berlandaskan strategi yang terdapat dalam buku 'Saya Boleh Mengarang' oleh Cikgu Hayati Abdullah terbitan EPH.
 
Di samping itu, Pusat Bahasa Nusa juga turut menyediakan beberapa lagi bengkel sekolah untuk memberi nilai tambah kepada para pelajar. Objektif program sekolah ini adalah selaras dengan objektif hasil pembelajaran yang ditentukan oleh Kementerian Pendidikan (MOE) dalam sukatan pelajaran mereka.
 
Kami berharap agar dapat memupuk minat para pelajar untuk terus mengembangkan ilmu berbahasa mereka dan menggunakan bahasa Melayu dengan sebaik-baiknya.