• Cikgu Hayati Abdullah

Teknik Peperiksaan Lisan PSLE 2016


Sudahkah ANDA bersedia untuk peperiksaan Lisan PSLE 2016 pada tanggal 18 & 19 August 2016 yang menyumbang kepada 25% markah seluruhan?

Format dan Komponen Peperiksaan Lisan PSLE (2016)

1. Bacaan Lantang - 10%

Calon dikehendaki membaca dengan lantang petikan karangan yang diberikan (yang telah dibacanya secara senyap terlebih dahulu) dengan menggunakan sebutan baku.

2. Penerangan Berdasarkan Gambar - 10%

Calon dikehendaki menerangkan beberapa perkara yang dilihatnya dalam gambar (yang telah ditatapnya terlebih dahulu) dan memberikan respons peribadinya terhadap beberapa perkara yang terdapat dalam gambar tersebut.

3. Perbualan Berkaitan dengan Gambar - 5%

Calon dikehendaki berbual dengan pemeriksa mengenai topik yang berkaitan dengan gambar yang diberikan dalam Penerangan Berdasarkan Gambar.

1. Teknik Bacaan Lantang

  • Senyum

  • Pandang wajah pemeriksa

  • Beri ucap selamat

  • Minta izin untuk duduk

  • Ucap terima kasih

  • Bacaan Baku

  • Tidak terburu-buru

  • Suara yang lantang

  • Intonasi menarik

  • Penekanan pada perkataan tertentu

  • Bergantung pada tanda baca

  • Lakonkan dialog

  • Ucap terima kasih

Contoh sebutan-sebutan yang Mengelirukan

  • Universiti

  • Unik

  • Televisyen

  • Telefon

  • Komputer

  • Elektronik

  • Trafik

  • Generasi

  • Leka

  • Lena

  • Digital

  • Teknologi

  • Kamera

2. Teknik Penerangan Berdasarkan Gambar

#1 Pembukaan - Gambaran Umum

Gambar ini menunjukkan/memaparkan keadaan di sebuah ____________. ______________ ini kelihatan agak ________________.

Contoh:

  • sesak

  • penuh dengan pengunjung/ pelanggan/ penumpang/ penonton/ pelajar

  • lengang

Mungkin keadaan ini berlaku pada waktu ___________________.cth:

  • Rehat

  • cuti sekolah

  • hujung minggu

  • musim perayaan

  • pada sebelah pagi atau petang semasa orang sibuk hendak pergi ke tempat kerja/ pulang dari tempat kerja

Nampaknya mereka sedang sibuk/seronok __________________________cth:

  • Membuat persiapan untuk Hari Guru

  • Menyambut/meraikan Hari Keharmonian Kaum

  • Menghiburkan warga emas di sebuah pusat jagaan warga tua

  • Dengan urusan masing-masing

#2 Menggambarkan Kejadian di suatu sudut

  • Di sebelah kanan/kiri gambar terdapat sebuah/seorang /sepasang (guna penjodoh bilangan yang betul) _____________________ yang sedang _________________________________ (perbuatannya)

  • Dari riak wajahnya, dia kelihatan agak ________________________ (perasaan )

  • Mungkin/Agaknya dia _______________________________ (punca perasaan)

#3 Memberi pendapat atau respons peribadi

Pada pandangan saya/ Pada pendapat saya/ Saya rasa/ Saya fikir perbuatan ________________ (orang) ini :

BAIK:

amat mulia

mengkagumkan (tidak ramai yang sanggup..) menunjukkan sikapnya yang :

  • bertanggungjawab

  • penyayang

  • sopan

  • bertimbang rasa

  • ringan tulang / rajin

  • berani

  • jujur

  • peramah

  • berdisiplin

TIDAK BAIK:

  • Perbuatannya itu sudah tentu menyalahi undang-undang

  • sungguh tidak bertimbang rasa

  • agak tidak sopan

  • sungguh tidak bertanggungjawab

  • membahayakan dirinya dan orang lain

  • boleh menjejas kesihatan dirinya / orang ramai

  • menunjukkan sikapnya yang:

  • pengotor

  • pemalas

  • tidak jujur

  • nakal

  • degil

  • pelupa

Perbuatan yang negatif :

  • ____________(orang) itu tidak sepatutnya berbuat begitu kerana ____________________

  • Dia sepatutnya ______________________________________

  • Jika saya berada di situ saya akan _______________________

Perbuatan yang positif :

  • Perbuatan ini harus kita contohi kerana ___________________.

  • Perbuatan ini memang patut dipuji.

  • Selitkan peribahasa bila ada kesempatan.

#4 Kesan tindakannya terhadap orang sekeliling

  • Akibat perbuatan ____________ (orang) tadi, __________________ (orang) yang berhampiran dengannya terpaksa ________________________. (perbuatan)

  • (atau) Orang yang berhampiran dengannya kelihatan ____________ (perbuatan )

  • Dari riak wajahnya saya pasti (orang) __________ ini berasa _________________ (perasaan)

  • Jika saya berada di situ mungkin saya akan _________________________.

#5 Cari sudut baru

  • Gunakan Kata Pengait

  • Berhampiran dengan/Berdekatan dengan

  • Bersebelahan dengan

  • Di depan/Di belakang/Di tepi

  • Tidak jauh dari situ

  • Ulang semula proses 2 hingga 4

  • Gambarkan keadaan

  • Berikan pandangan

  • Kesan tindakan terhadap orang sekeliling

#6 Penutup

  • Gunakan intonasi sesuai menandakan kita hampir selesai.

  • Secara amnya, jika kita berada di ______________________, kita haruslah ____________________________.

3. Teknik Komponen Perbuaan Berkaitan dengan Gambar

  • Persiapkan diri dengan cuba memikirkan tema atau topik perbualan yang mungkin ditanya berdasarkan gambar yang diberikan.

  • Dengarkan soalan dengan teliti.

  • Jawab tuntutan soalan.

  • Gunakan bahasa baku dan ayat yang lengkap dan gramatis.

  • Jika tidak pernah melalui pengalaman yang perlu diulas, berterus-terang dan ceritakan tentang apa yang kamu tahu berdasarkan pembacaan atau lapor balik daripada teman dan keluarga.

Gunakan panduan di bawah untuk menjawab:


216 views