• Cikgu Hayati Abdullah

Penerangan Berdasarkan Gambar dan Perbualan [Tema - Keluarga]


A. Kepentingan meluangkan masa bersama keluarga

Secara Amnya :

  1. Menambah kemesraan dan merapatkan hubungan kekeluargaan

  2. Menghilangkan tekanan

  3. Membuka peluang untuk bekongsi pengalaman/ bercerita tentang masalah yang dihadapi/ bertanyakan pendapat ( * berat sama dipukul, ringan sama dijinjing)

  4. Memastikan anak-anak tidak mencari keseronokan dengan teman-teman yang tidak baik ( Ramai yang mula merokok, melepak, merosakkan harta benda awam kerana ingin diterima dalam kumpulan teman-teman mereka)

Khususnya :

Perbualan Berkaitan dengan Gambar [Tema: Keluarga]

Soalan 1:

Pernahkah kamu berkelah bersama keluarga kamu?

  • Jika ya, ceritakan pengalaman kamu.

  • Jika tidak, ceritakan pengalaman kamu melawat suatu tempat menarik yang lain bersama keluarga

  • Di mana?

  • Bila?

  • Bersama siapa?

  • Bagaimanakah keadaan di sana? ( 5 Deria )

  • Apa yang kamu lakukan di sana?

  • Apakah perkara menarik yang berlaku?

  • Bagaimanakah perasaan kamu?

Soalan 2:

Apakah faedah yang boleh kamu dapat daripada lawatan-lawatan ke tempat-tempat ini?

Soalan 3:

Apakah lagi cara-cara lain untuk merapatkan hubungan keluarga

Pusat Bahasa NUSA

www.nusa.sg

![endif]--

511 views