• Yang Iskandar

Mencungkil Idea Yang Menarik!


"Saya tidak tahu apa yang hendak ditulis! Argh!"

Sebuah karangan yang berjaya mestilah mempunyai jalan cerita yang menarik. Malangnya, pasti anda sering rasa tertekan kerana tidak mempunyai idea untuk menulis karangan. Akibatnya karangan yang ditulis terlalu pendek dan hambar.

Sebenarnya, anda ADA IDEA dan BOLEH MENULIS. Idea anda hanya terpendam dalam minda dan perlu tercungkil keluar dengan menjawab beberapa soalan. Jadi, jangan setakat merenung kertas soalan; segeralah membuat rangka berdasarkan 6 Kata Tanya - Siapa, Apa, Di Mana, Bila, Mengapa dan Bagaimana seperti imej di atas itu.

Percayalah, merancang karangan tidak membuang masa! Ia membantu melancarkan penulisan kita agar tidak tersekat-sekat semasa menulis. Ambillah masa paling lama 5 MINIT untuk membuatnya.

Cubalah membuat rangka tersebut!

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg


30 views