• Yang Iskandar

Marilah Belajar Peribahasa!


Salam dan Selamat Datang!

Hari ini, kita akan membongkar rahsia untuk mencapai markah penuh dalam peperiksaan untuk bahagian peribahasa.

Pada masa kini, ramai pelajar menghadapi masalah dalam memahami maksud peribahasa yang diberikan semasa peperiksaan. Hakikatnya, peribahasa merupakan bahagian yang paling mudah untuk mencapai markah penuh. Selain itu, peribahasa juga boleh digunakan oleh para pelajar dalam penulisan untuk memantapkan karangan.

Oleh itu, para pelajar disarankan untuk mempelajari peribahasa dengan memahamkan maksud peribahasa itu sendiri.

Mulakanlah kajian peribahasa awal dan ulang kajilah sedikit demi sedikit.

Maksud peribahasa tersebut harus difahamkan, bukan sekadar dihafal sahaja.

Contoh-contoh peribahasa dan ayat yang dibina.

Peribahasa:

“Berat Sebelah”

Maksud:

Tidak adil, menyebelahi satu pihak

Contoh Ayat:

Hashim kecewa dengen keputusan ayahnya yang berat sebelah dan lebih menyebelahi abangnya.

Peribahasa:

“Besar Hati”

Maksud:

Perasaan bangga atau gembira terhadap sesuatu pemberian atau pertolongan.

Contoh Ayat:

Pak Cik Osman besar hati kerana anak dan isterinya menolongnya berkebun.

Peribahasa:

"Hidung Tinggi”

Maksud:

Sombong

Contoh Ayat:

Sikap Jamilah yang hidung tinggi membuatnya tidak disukai ramai.

Peribahasa: “Seperti anjing dengan kucing”

Maksud:

Dua orang yang sering bertengkar apabila bertemu

Contoh Ayat:

Syamil dan Asyraf sering bergaduh seperti anjing dengan kucing.

Peribahasa:

“Seperti garam jatuh di air”

Maksud:

Cepat meresap atau segera dimengerti nasihat atau pelajaran

Contoh Ayat:

Seperti garam jatuh di air, Suzy cepat menangkap apa yang diajar oleh gurunya.

Peribahasa:

“Air dicencang tiada putus”

Maksud:

Dua orang yang bersaudara tidak dapat dipisahkan oleh perselisihan

Contoh Ayat:

Ahmad dan adiknya walaupun sering bergaduh, pasti akan berbaik-baik semula, kerana air dicencang tiada putus.

Berikut ialah senarai peribahasa untuk Darjah 3 hingga ke Darjah 6:

Senarai peribahasa dari lelaman https://www.seab.gov.sg/docs/default-source/national-examinations/syllabus/psle/2018_psle_subject_info/0006_2018.pdf

Semoga panduan ini dapat membantu ANDA untuk mencapai markah PENUH semasa menjawab soalan peribahasa. Terima Kasih! Kita jumpa lagi minggu hadapan ya di #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa NUSA!

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg


580 views