• Yang Iskandar

Apa itu 'kata sendi nama'?


Salam dan Selamat Sejahtera!

Kata sendi nama - yang mana pilihan kamu?

DARI

Arah

Tempat

Masa

#1 : Arah atau tempat

"Ibu pulang dari pasar."

#2 : Waktu atau masa

"Kelas tambahan saya dari pukul 2 petang hingga 4 petang."

DARIPADA

#1 : Punca bagi manusia, haiwan, benda

“Surat ini daripada sahabat pena saya.”

#2 : Asal kejadian sesuatu atau benda

“Beg ini diperbuat daripada kulit buaya.”

#3 : Perbezaan atau perbandingan

“Ashraf lebih tinggi daripada abangnya.”

KE

#1 : Arah atau tempat

"Ali perlu pergi ke sekolah pada hari Sabtu."

#2 : Waktu atau masa

"Ali bermain di padang itu dari pagi hingga ke petang."

KEPADA

#1 : Sasaran yang merujuk manusia dan haiwan

"Ali mengirim surat kepada abangnya di London."

"Sisa makanan itu diberikan kepada kucing."

#2 : Pecahan

"Murid-murid dibahagikan kepada 3 kumpulan."

#3 : Perubahan Keadaan

"Suhu badannya meningkat kepada 39 darjah selsius."

PADA

#1 : Waktu

“Saya pergi ke sekolah pada pukul 6.30 pagi.”

#2 : Tempat bagi perbuatan suatu kerja

“Tulis nama awak pada kertas ini.

#3 : Ada + Pada (haiwan/manusia)

“Wang itu ada pada ayah.”

Cabaran Kata Sendi Nama!

Bolehkah anda membina ayat yang mengandungi kata nama, kata kerja, kata adkejtif dan kata sendi nama? 🤔

Kongsikan jawapan anda di ruang komen yang disediakan. Selamat Mencuba!

Terima Kasih. Kita jumpa lagi minggu hadapan ya di #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa NUSA!

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg


182 views