• Yang Iskandar

Apa itu 'kata sendi nama'? Edisi 2


Salam dan Selamat Sejahtera!

Kita kembali lagi minggu ini dengan tiga lagi kata sendi nama yang mengelirukan!

UNTUK

#1 : Khusus bagi seorang

"Kereta mainan ini untuk adik saya yang bongsu. "

BAGI

#1 : Kegunaan secara umum

"Kami mengutip derma bagi anak-anak yatim."

DEMI

#1 : Tujuan

"Demi kepentingan bersama, marilah kita berganding bahu menyelesaikan masalah ini."

#2 : Urutan satu atau sekumpulan

"Buku ini telah disusun atas meja satu demi satu."

SEPERTI/BAGAI

#1 : Menunjukkan maksud perbandingan.

"Rambut datuk saya putih seperti kapas."

DENGAN

#1 : Bersama-sama.

"Saya menonton wayang dengan Aini."

#2 : Cara sesuatu dilakukan.

"Dia menyambut tetamu dengan tangan terbuka."

#3 : Perbandingan yang serupa.

"Baju yang dipakai oleh Sara sama dengan baju saya."

#4 : Menggunakan sebagai alat.

"Ani melukis potret itu dengan cat air."

Cabaran Kata Sendi Nama!

Bolehkah anda membina ayat yang mengandungi kata nama, kata kerja, kata adkejtif dan kata sendi nama? 🤔

Kongsikan jawapan anda di ruang komen yang disediakan. Selamat Mencuba!

Terima Kasih. Kita jumpa lagi minggu hadapan ya di #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa NUSA!

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg


53 views