• Yang Iskandar

Menguasai teknik menjawab kefahaman


Salam sejahtera kepada semua!

Adakah anda sedang menghadapi kesulitan menjawab soalan kefahaman?

Jangan panik, kami akan kongsikan teknik menjawab kefahaman yang berkesan.

*TIP : Fahami petikan kefahaman dengan menggunakan kata kunci berikut :

SIAPAKAH, BILAKAH, APAKAH, BAGAIMANAKAH DAN MENGAPAKAH

1. SIAPAKAH?

- Berkaitan dengan watak-watak dalam petikan

2. BILAKAH?

- Berkaitan dengan masa, waktu dan tarikh yang dikisahkan dalam petikan

3. APAKAH?

- Berkaitan dengan kejadian yang dikisahkan dalam petikan

4. BAGAIMANAKAH?

- Berkaitan dengan bagaimana suatu kejadian berlaku dalam petikan

5. MENGAPAKAH?

- Berkaitan dengan mengapa suatu kejadian berlaku dalam petikan

Haa, janganlah takut dengan soalan kefahaman lagi! Dengan petua ini, anda pasti boleh mendapatkan markah cemerlang untuk bahagian kefahaman.

Selamat maju jaya adik-adik! 👍🏼

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa


73 views