• Yang Iskandar

TEKNIK PERSEDIAAN PSLE 2018


Strategi Selasa minggu ini akan berkongsi teknik persediaan PSLE 2018!

Impian setiap pelajar sudah semestinya untuk mencapai kejayaan. Oleh itu, hadapilah setiap peperiksaan dengan penuh persediaan agar anda dapat meraih kejayaan yang diimpikan selama ini.

Persediaan peperiksaan diagihkan kepada 3 bahagian -

Persediaan Peringkat Awal, Persediaan Peringkat Pertengahan dan Persediaan Akhir.

PERSEDIAAN AWAL

Persediaan awal terdiri daripada tumpuan semasa di dalam kelas.

  • Lengkapkan nota-nota selepas guru selesai mengajar setiap topik.

  • Jangan tangguhkan hingga pada saat-saat akhir peperiksaan.

  • Ulang kaji dan baca semula semua nota-nota mata pelajaran.

  • Dapatkan bimbingan tambahan oleh guru-guru di sekolah ataupun di pusat bimbingan jika kurang memahami suatu topik.

PERSEDIAAN PERINGKAT PERTENGAHAN

Persediaan peringkat pertengahan dimulakan kira-kira 2 bulan sebelum peperiksaan.

  • Baca balik nota-nota yang telah ditulis

  • Ekstrak fakta-fakta yang penting sahaja

  • Kenal pasti kata-kata kunci yang akan digunakan dalam persediaan akhir

  • Tumpukan pada kata kunci dan cuba mengingat kembali fakta-fakta yang berkaitan dengannya.

  • Buat latihan-latihan peperiksaan supaya lebih terbiasa dengan pelbagai gaya soalan.

PERSEDIAAN AKHIR

Persediaan akhir adalah persediaan sehari atau seminggu sebelum peperiksaan.

  • Baca kembali semua nota ringkas yang mengandungi kata-kata kunci sahaja.

  • Pastikan kecergasan minda sentiasa pada tahap optima

  • Jaga pemakanan dan dapatkan tidur yang secukupnya

  • Percaya pada kemampuan dan kebolehan diri sendiri

  • Tenangkan minda anda sebelum setiap peperiksaan.

Selamat maju jaya!

#StrategiSelasa Bernama Pusat Bahasa Nusa


0 views