• Yang Iskandar

Kata Perintah!


Salam dan Selamat Sejahtera semua! :)

Pernahkah anda disuruh oleh seseorang untuk melakukan sesuatu? #StrategiSelasa kali ini akan mengupas cara penggunaan kata perintah.

Kata Perintah - Perkataan yang digunakan untuk memberi perintah, iaitu suruhan, larangan, silaan

atau permintaan, untuk mendapatkan tindak balas.

Kata partikel -lah boleh ditambahkan di belakang kata perintah untuk melembutkan

perintah tersebut.

*kata larangan (jangan, usah) tidak boleh disertakan dengan kata silaan (sila,

jemput) atau kata permintaan (minta, tolong)

CONTOH KATA PERINTAH :

  • Jangan

  • Sila

  • Minta

  • Berhenti

  • Usah

  • Jemput

  • Tolong

  • Mari

  1. Jangan merokok di sini.

  2. Berhenti menulis. Masa sudah tamat.

  3. Usah bermain di kolong blok lagi!

  4. Tolong belikan saya sebungkus Mi Rebus.

  5. Mari kita berjumpa dengan Cikgu Samad bersama.

  6. Jemputlah makan kuih yang terhidang itu.

  7. Sila hantarkan lembaran kerja kamu hari ini.

  8. Minta kerjasama kamu semua dalam kerja kumpulan ini.

Sekarang ini giliran anda pula untuk membina ayat dengan kata perintah yang diberikan. Kongsikan jawapan anda di dalam ruang komen di bawah.

Ayuh, kita lihat jawapan siapa yang paling menarik!

1. Jangan

2. ​Sila

​3. Tolong

4. Berhentilah

5. Jemput

#StrategiSelasa Bernama Pusat Bahasa Nusa


73 views