• Yang Iskandar

Saya Boleh Mengarang Pt 2


Mengembangkan Watak

Untuk menghidupkan watak-watak, kita mesti cuba menggambarkan serba-sedikit ciri-ciri fizikal mereka yang dapat kita lihat, dengar, bau atau sentuh. Antara unsur-unsur fizikal yang boleh diketengahkan ialah :

Raut Wajah

Rambut

Badan

Pakaian

Tingkah Laku

Suara

Sentuhan tangan

Bau badan

Apabila hendak memerikan perwatakan seseorang pula, kita harus memberikan contoh-contoh atau bukti-bukti yang boleh menunjukkan perwatakannya itu.

Perwatakan :

Pelokek

Contoh :

1. Ahmad cepat-cepat makan apa yang dibelinya sebelum adik-adik lain dapat meminta sedikit.

2. Pak Mail sanggup meminta wang tukar apabila menderma.

Perwatakan :

Bengis

Contoh :

1. Puan Lim menghentak meja sebelum sempat anaknya menghabiskan ayatnya.

2. Samad mencampakkan kain baju ke muka isterinya.

Perwatakan :

Manja

Contoh :

1. Dia merengek-rengek memujuk ibu agar membenarkannya menghadiri majlis hari jadi temannya di Pantai East Coast.

2. Adik mula menghentak-hentakkan kaki apabila ibu tidak mahu membelikannya anak patung beruang itu.

Lihat contoh di bawah ini.

Perhatikan bagaimana pemerian watak dapat menimbulkan gambaran yang lebih jelas tentang penjahat tang dihadapi penulis dan bagaimana penampilan mereka sahaja sudah dapat menimbulkan kegerunan dan syak wasangka penulis.

Itu sahaja buat Saya Boleh Mengarang edisi 2. Semoga maju jaya adik-adik!

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa

#Best Malay Tuition in Singapore


148 views