• Yang Iskandar

Saya Boleh Mengarang Pt 3


Mengembangkan Plot

Untuk mengembangkan plot pula kita perlu bertanyakan soalan-soalan kunci seperti : siapa, di mana, bila, apa, bagaimana, mengapa.

Bayangkan anda seorang wartawan yang perlu mengambil tahu setiap sudut cerita supaya pembaca mendapat gambaran sebenar apa yang telah terjadi.

Kadangkala seorang wartawan juga akan menyiarkan kata-kata orang yang diwawancara untuk meningkatkan keprihatinan pembaca. Sebagai penulis sebuah cerita pula, kita boleh memuatkan dialog-dialog watak dalam karangan supaya pembaca dapat merumuskan sendiri perasaan watak.

Contoh

Cuba gunakan idea-idea yang terdapat dalam panduan "Saya Boleh Mengarang" ini untuk mengedit karangan-karangan yang telah kamu tulis sepanjang tahun ini.

Semoga maju jaya!

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa

#Best Malay Tuition in Singapore


75 views