• Yang Iskandar

5 Aktiviti Riadah untuk cuti sekolah ini!


Salam sejahtera adik-adik!

Tahniah kerana telah menamatkan peperiksaan anda!

Tahukah anda bahawa terdapat banyak aktiviti aktiviti bermanfaat yang boleh dilakukan pada masa cuti sekolah ini?

#StrategiSelasa hari ini akan kongsikan 5 aktiviti riadah bermanfaat untuk cuti sekolah ini!

KEM MOTIVASI

Kem motivasi adalah antara program cuti sekolah yang paling bermanfaat. Ia disasarkan untuk membantu adik-adik yang ingin meningkatkan keyakinan diri, membina semangat baik dalam bidang akademik mahupun pembinaan sahsiah secara holistik.

BELAJAR PENGGUNAAN ALAT MUZIK

Terdapat banyak manfaat dalam mempelajari kemahiran baharu seperti penggunaan alat muzik. Satu manfaatnya ialah, kemahiran ini dapat melatih konsentrasi dan ketekunan diri.

Mempelajari kemahiran baharu sudah semestinya tidak senang. Namun, dengan konsentrasi dan ketekunan diri, anda pasti dapat menguasai memainkan alat muzik dengan sempurna. Cubalah! :)

BERENANG

Berenang merupakan satu kemahiran yang amat berguna untuk keselamatan adik-adik. Kelas renang selalunya diadakan seminggu sekali. Sudah tentunya, cuti sekolah ialah masa yang paling sesuai untuk belajar berenang kerana adik-adik mempunyai banyak masa lapang.

Antara beberapa manfaat belajar berenang ialah, kemahiran ini dapat mengurangkan risiko jatuh sakit, menguatkan otot otot dalam badan serta baik untuk perkembangan otak.

Menurut sebuah penyelidikan oleh 'Institut Griffith for Educational Research', kanak-kanak yang belajar berenang pada usia muda lebih cergas dibandingkan dengan kanak-kanak yang lain.

Dengan itu, gunakanlah masa cuti sekolah ini untuk belajar berenang.

MEMBACA BUKU

Luangkanlah masa anda dengan membuat perkara yang produktif seperti membaca buku. Terdapat banyak bahan bacaan yang berkualiti tinggi. Dapatkan inspirasi dan kaji teknik penulisan daripada karya yang anda baca untuk memperhebat karangan adik-adik nanti. Dengan ini, anda pasti boleh mengarang dengan baik!

ULANG KAJI PELAJARAN

Aktiviti ini mungkin tidak disukai oleh ramai tetapi ia mendatangkan banyak manfaat. Persediaan awal dapat mengelakkan perasaan panik ketika tahun baru menjelang nanti.

Gunakanlah masa sebanyak 20 minit setiap hari untuk mengulang kaji setiap topik yang telah dipelajari sepanjang tahun dan rancangkan perkara-perkara yang ingin diperbaiki atau dipelajari buat tahun hadapan.

Kami harap #StrategiSelasa kali ini dapat memberi anda idea untuk meluangkan masa pada cuti sekolah ini dengan lebih produktif.

Jumpa lagi minggu hadapan!

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahsa Nusa

#Best Malay Tuition in Singapore


0 views