• Yang Iskandar

Kata Ganti Nama (Khas untuk adik-adik Darjah 1 2019)


Kata Ganti Nama (Diri Tanya)

Contoh kata ganti nama diri tanya :

Ibu Fazli siapa?

Nama kamu siapa?

Minuman kegemaran kamu apa?

Abang Adi mana?

Nama kucing itu apa?

Cuba teka!

Pilih kata ganti nama diri tanya yang sesuai dengan ayat-ayat berikut.

1. Nama awak (Siapa/Apa)?

2. Ibu awak (apa/mana)?

3. Makanan kegemaran awak (mana/apa)?

4. Anis hendak ke (mana/siapa)?

5. Guru awak (apa/siapa)?

Kata Ganti Nama diri orang

Contoh kata ganti nama diri orang :

1. Nama saya Aisyah. Nama awak siapa?

2. Nama saya Halim. Dia Haikal. Kami adik beradik.

3. Mereka sedang buat apa? Mereka sedang bermain di taman. Mari kita pergi!

Mari Cari!

Sekarang giliran anda pula untuk cari kata ganti nama diri orang dalam dialog-dialog ini.

Haaa, dapatkah anda mencari kata ganti nama diri orang di dalam dialog-dialog di atas?

Kongsikan jawapan anda dalam ruang komen di bawah!

Semoga panduan ini dapat membantu pelajar memahami komponen 'Kata Ganti Nama' ketika Darjah 1 nanti.

Selamat Maju Jaya! 🤓

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa

146 views