• Yang Iskandar

Awalan - Kata Kerja (Persediaan awal Darjah 5/6 2019 )


Selamat petang kawan-kawan!

Hari ini, kita akan mempelajari Awalan BER.

Gunakanlah maklumat ini sebagai panduan yang dapat membimbing anda dalam persediaan awal sebelum pulang ke sekolah tahun depan nanti.

Ayuh, mari kita mula!

Makna awalan ber -

a) Melakukan perbuatan

Contoh :

- Peserta program motivasi itu bersenam di tepi pantai.

- Musuh mula berundur sejak subuh tadi.

b) Perbuatan yang melibatkan atau mengenai diri sendiri.

Contoh :

- Kucing memang suka berjemur.

- Budak-budak itu bersembunyi di bawah katil.

c) Perbuatan bersalingan , iaitu saling melakukan perbuatan.

Contoh :

- Semalam Ali bertumbuk dengan Ahmad.

- Ayam jantan itu suka berlaga.

d) Mempunyai

Contoh :

- Orang kaya lazimnya berumah besar.

- Penulis muda itu sudah beristeri.

e) Memberi pengertian suata keadaan yang sudah sedia berlaku*

Contoh :

- Baju hari raya anaknya sudah berjahit.

- Laporan itu belum bertulis lagi.

Semoga panduan ini dapat membantu anda dalam persediaan awal sebelum peperiksaan di sekolah nanti :)

Selamat maju jaya!

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa


697 views