• Yang Iskandar

Tips Untuk Fokus Di Dalam Kelas


Selamat petang semua!

Adakah anda selalu berasa resah dan letih ketika guru sedang mengajar di dalam kelas?

Hari ini, kita akan kongsikan beberapa tip yang dapat membantu anda kekal fokus ketika berada dalam kelas.

Tip Pertama: Tidur yang cukup

Tidurlah awal dan dapatkan tidur yang secukupnya kerana apabila tidur tidak mencukupi, bermakna otak dan badan tidak mendapat rehat yang secukupnya. Inilah menyebabkan anda tidak mampu fokus sekali gus tidak dapat memahami apa yang diajarkan guru.

Tip Kedua: Pasangkan Niat

Anda pasti tahu bahawa setiap perkara yang anda lakukan pastinya diawali dengan niat, iaitu tekad yang terucap dalam hati seseorang ketika hendak melakukan sesuatu. Contoh dalam konteks ini, anda harus pasangkan niat untuk fokus waktu kelas supaya anda dapat meresap segala apa yang diajari oleh guru.

Tip Ketiga: Mencatat nota ringkas di dalam kelas

Mencatat nota ringkas ketika sesi pembelajaran dapat membantu meningkatkan pemahaman tentang subjek tersebut dan juga memudahkan proses ulangkaji pelajaran. Anda akan sentiasa bearada dalam keadaan fokus terhadap apa yang sedang diajar apabila tangan anda ligat menulis!

Tip Keempat: Banyakkan bertanya

Jika anda tidak faham tentang sesuatu di dalam kelas, tanya sahara guru anda. Jangan berasa takut atau malu sekiranya soalan anda itu nampak kurang cerdik kerana guru anda pasti berasa lebih gembira apabila anak muridnya bertanya. Anda juga akan mendapat lebih banyak penjelasan jika anda bertanya.

Itu sahajalah beberapa tip yang anda boleh mengikuti semasa di dalam kelas. Pemahaman yang baik semasa kelas akan memudahkan anda melakukan ulang kaji dan ia juga menjimatkan masa. Semoga anda berjaya untuk kekalkan fokus ketika berada di dalam kelas nanti! :)

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa


0 views