Kepada: HOD/SH/Koordinator (Jabatan Bahasa Melayu)

Program Sekolah 2019 - Pusat Bahasa NUSA

(Sekolah Rendah dan Menengah)

Ayuh! Belajar dan Berhibur bersama kami

Untuk keterangan lanjut dan untuk membuat tempahan, sila hubungi kami di:

Pusat Bahasa Nusa

E-mel: principal@edufront.com

Talian: 97249422 (Whatapp/SMS)

1. Saya Boleh Mengarang™ [www.sayabolehmengarang.com]

 

Program SAYA BOLEH MENGARANG™ merupakan pakej pembelajaran penulisan yang bersifat membina dan menyeluruh. Pada akhir bengkel, para pelajar akan menguasai 6 ciri-ciri penulisan yang hebat mengikut kaedah penulisan yang diketengahkan dalam buku "Saya Boleh Mengarang" oleh Cikgu Hayati Abdullah, terbitan Educational Publishing House (EPH).

 

Matlamat program ini adalah untuk :

 

  • Memperkasakan pelajar dengan kemahiran kepengarangan

  • Menambah keyakinan pelajar dalam menghasilkan karangan yang cemerlang

  • Memancing minat pelajar untuk berkarya melalui suasana pembelajaran yang menyeronokkan

  • Mengatasi masalah ketandusan idea dalam karangan and penulisan yang hambar

 

Sasaran: Darjah 1 hingga 6, Menengah 1-4 (Penulisan Naratif)

Jangka Masa: Program penuh - 12 jam (12 modul), Minima - 4 jam (4 modul)

2. Saya Boleh Bercerita™ [www.sayabolehbercerita.com]

Program 6 modul ini bertujuan mengasah kemahiran pertuturan dan komunikasi pelajar dalam Bahasa Melayu. Para pelajar akan menguasai teknik-teknik bercerita yang penting untuk meningkatkan keterampilan mereka. 

Matlamat program ini adalah untuk:

 

  • Meningkatkan keyakinan pelajar untuk bertutur dalam Bahasa Melayu

  • Menonjolkan keterampilan pelajar menyampaikan persembahan dalam Bahasa Melayu

  • Memperkasakan Bahasa Melayu pelajar melalui genre yang berbeza

  • Membina asas penciptaan cerita dalam diri pelajar

 

Pihak sekolah boleh memilih antara 3 program menarik dalam siri Saya Boleh Bercerita:

 

1. Saya Boleh Bercerita™ ( Cerita Rakyat )

Bengkel ini merupakan satu bengkel lakonan berdasarkan kisah rakyat. Di samping mempelajari asas teater, pelajar juga akan diperkenalkan secara tidak langsung kepada unsur-unsur penceritaan seperti latar, watak dan plot.

2. Saya Boleh Bercerita™( Teater Pembaca )

Bengkel ini merupakan satu bengkel pementasan TEATER PEMBACA.  Berbeza daripada pementasan lakonan biasa, pelajar boleh melihat teks. Hanya dengan lantunan suara, intonasi,  mimik muka dan pergerakan badan yang terbatas, pelajar akan membantu penonton menghayati cerita sebaik mungkin.

3. Bintang Kecil

Bengkel ini bertujuan memperkasakan bahasa para pelajar darjah rendah melalui satu persembahan nyanyian lagu-lagu rakyat. Pelajar akan dibimbing dari sudut lantunan suara, sebutan baku, mimik muka dan gerak badan yang bersesuaian dengan lagu. Melalui lirik lagu para pelajar juga akan diperkenalkan kepada beberapa asas pra-penulisan seperti gambaran perasaan, konsep sebab-akibat dan penggunaan golongan kata yang berbeza.

 

Sasaran: Darjah 1 hingga 6

Jangka Masa: Program penuh - 6 jam (6 modul), Minima - 4 jam (4 modul)

3. Saya Boleh Berpantun™

 

Bengkel ini akan membawa pelajar menyelami dunia pantun Melayu menggunakan perisian-perisian khas yang dibangunkan oleh Cikgu Hayati Abdullah. Process penciptaan pantun memperkayakan perbendaharaan kata di samping menerapkan nilai-nilai murni warisan bangsa dan menyuburkan jati diri mereka. Kebolehan bertutur juga boleh digilap menerusi sesi berbalas pantun dan melagukan pantun.

Sasaran: Darjah 4 hingga 6, Menengah 1-4

Jangka Masa: Program penuh - 6 jam (6 modul), Minima - 4 jam (4 modul)

4. Perkasa Bahasa™ (Bengkel Tatabahasa)
 

Bengkel ini bertujuan memperkasakan tatabahasa dan kosa kata pelajar melalui permainan-permainan bahasa yang menyeronokkan. Kemahiran-kemahiran ini merupakan asas penulisan yang penting buat pelajar. Guru-guru boleh memilih aspek bahasa yang ingin ditekankan.
 

Sasaran: Darjah 3 hingga 6

Jangka Masa: Program penuh - 6 jam, Minima - 4 jam 

 

5. Program Lisan Bervideo (Bengkel Penyampaian Lisan)

 

Program ini bertujuan mempersiapkan pelajar untuk menduduki ujian dengan yakin. Mereka akan berlatih membaca lantang dengan kelancaran dan intonasi yang baik. Perbincangan menyeluruh berdasarkan tema-tema utama peperiksaan akan dijalankan.

Matlamat Program : 

  • Mengasah kemahiran bertutur dalam Bahasa Melayu melalui aktivit main peranan-lakonan/pidato/forum mini dan sebagainya

  • Melatih pelajar untuk memberikan respons peribadi terhadap rangsangann berbilang media

Sasaran: Darjah 3 hingga 6, Menengah 1 hingga 4

Jangka Masa: Program penuh - 4 jam (4 modul), Minima - 2 jam (2 modul)

 

6. Saya Boleh Menerbit™ 

Matlamat Program : 

  • Memperkenalkan majalah-majalah dan akhbar bahasa Melayu kepada para-pelajar sebagai pencetus minat 

  • Memperkenalkan pelbagai genre penulisan kepada pelajar 

  • Memancing minat pelajar untuk berkarya melalui fotografi 

  • Mengasah kemahiran lisan para pelajar melalui wawancara dan perbincangan

 

Sasaran : Darjah 5 hingga 6 

Jangka Masa : Program penuh - 6 jam (6 modul), Minima - 4 jam (4 modul) 

7. Program Minggu Bahasa dan Budaya

 

Kami menawarkan berbagai program bahasa dan budaya yang boleh disesuaikan untuk mencapai matlamat Minggu Bahasa dan Budaya di sekolah-sekolah.