Apa itu 'kata sendi nama'?

25 Jul 2018

 

 Salam dan Selamat Sejahtera!

 

Kata sendi nama - yang mana pilihan kamu? 

 

 

 

DARI 

 

Arah

Tempat

Masa

 

#1 : Arah atau tempat

"Ibu pulang dari pasar."

 

#2 : Waktu atau masa

"Kelas tambahan saya dari pukul 2 petang hingga 4 petang."

 

 

 

 

 

 

 

 

DARIPADA

 

 #1 : Punca bagi manusia, haiwan, benda

 “Surat ini daripada sahabat pena saya.”

 

 #2 : Asal kejadian sesuatu atau benda

 “Beg ini diperbuat daripada kulit buaya.”

 

 #3 : Perbezaan atau perbandingan

“Ashraf lebih tinggi daripada abangnya.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KE

 

#1 : Arah atau tempat 

"Ali perlu pergi ke sekolah pada hari Sabtu."

 

#2 : Waktu atau masa 

"Ali bermain di padang itu dari pagi hingga ke
petang."

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

KEPADA

 

#1 : Sasaran yang merujuk manusia dan haiwan

"Ali mengirim surat kepada abangnya di
London."

 

"Sisa makanan itu diberikan kepada
kucing."

 

#2 : Pecahan

"Murid-murid dibahagikan kepada 3
kumpulan."

 

#3 : Perubahan Keadaan 

"Suhu badannya meningkat kepada 39
darjah selsius."

 

 

 

 

 

PADA 

 

#1 : Waktu 

“Saya pergi ke sekolah pada pukul 6.30 pagi.”

 

 #2 : Tempat bagi perbuatan suatu kerja

“Tulis nama awak pada kertas ini.

 

 #3 : Ada + Pada (haiwan/manusia)

“Wang itu ada pada ayah.”

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Cabaran Kata Sendi Nama!

 

Bolehkah anda membina ayat yang mengandungi kata nama, kata kerja, kata adkejtif dan kata sendi nama? 🤔

 

Kongsikan jawapan anda di ruang komen yang disediakan. Selamat Mencuba! 

 

Terima Kasih. Kita jumpa lagi minggu hadapan ya di #StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa NUSA!

 

 

 

Pusat Bahasa Nusa

www.nusa.sg

Please reload

Featured Posts

Marilah Belajar Peribahasa!

17 Jul 2018

1/3
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive