Kata Pemeri!

6 Sep 2018

 

 

Salam dan Selamat Sejahtera semua! 

#StrategiSelasa minggu ini bakal membantu anda untuk membezakan antara Kata Pemeri 'adalah' dan 'ialah'. 

 

Kata Pemeri 'ialah' perkataan yang digunakan untuk memerihalkan bahagian subjek dan predikat sesuatu ayat. 

 

Terdapat dua Kata Pemeri - Ialah dan Adalah

 

1. Kata Pemeri 'ialah' 

 

Kata pemeri 'ialah' digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa nama. Oleh itu, kata pemeri 'ialah' digunakan sebelum kata nama atau frasa nama.

 

Contoh:

- Samsuri ialah rakan karib saya.

                                    (KATA NAMA)
- Beliau ialah ketua murid sekolah ini.

                                    (FRASA NAMA)

 

2. Kata Pemeri 'adalah' 

 

Kata pemeri adalah digunakan dalam ayat yang berpola frasa nama + frasa adjektif dan
frasa nama + frasa sendi nama.

 

Contoh:

- Perlawanan pada malam ini adalah sangat penting.

                                                                          (FRASA ADJEKTIF)
- Hadiah itu adalah untuk tetamu istimewa pada malam ini.

                                                   (FRASA SENDI NAMA)

Kata pemeri adalah tidak boleh diikuti oleh frasa kerja dan frasa nama. 

 

Contoh : 

 

 

 

 

Sekarang ini giliran anda pula untuk mencuba!

Pilihlah kata pemeri yang betul untuk setiap ayat yang diberikan dan kongsikan jawapan anda di dalam ruang komen di bawah. 

 

1. Farid ( ialah, adalah ) seorang murid yang sangat pintar.

2. Bungkusan berwarna merah itu ( adalah, ialah ) milik Cik Ani.

3. Latihan yang diberikan kepada murid-murid ( adalah, ialah ) terlalu susah.

4. Warna biru langit ( ialah, adalah ) warna kegemaran saya.

5. Lauk yang dimasak itu ( adalah, ialah ) untuk semua orang di sini.

6. Keputusan yang dibuat oleh Cikgu Malek ( adalah, ialah ) tidak adil.

7. Rumah yang berwarna merah itu (adalah, ialah ) rumah Mak Timah.

8. Suara Cikgu Yati ( adalah, ialah ) sangat kuat ketika dia marah.

9. Keputusan yang dibuat oleh abang (adalah, ialah ) tepat sekali.

10. Merlion ( ialah, adalah ) salah sebuah ikon Negara Singapura.

 

Selamat mencuba! 

 

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa 

 

 

 

 

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Marilah Belajar Peribahasa!

17 Jul 2018

1/3
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive