Kata Nafi!

11 Sep 2018

 

 

Salam dan Selamat Sejahtera semua!

Pernahkah anda terfikir tentang perbezaan antara perkataan 'bukan' dan 'tidak'?

Tahukah anda bahawa perkataan 'bukan' dan 'tidak' ialah sebuah Kata Nafi?

 

Haaa, minggu ini, kami akan bincangkan komponen Kata Nafi. 

 

Apa itu 'Kata Nafi'?

Kata Nafi ialah perkataan yang hadir dalam ayat untuk menafikan sesuatu. 

 

Terdapat dua Kata Nafi - 'Bukan' dan 'Tidak

 

1. Kata Nafi 'bukan'

 

Kata nafi 'bukan' digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa nama atau frasa sendi
nama
.

 

Contoh : 

                        (FRASA NAMA)

- Saya bukan murid tahun lima.

                         

                           (FRASA SENDI NAMA)

- Dia bukan daripada keluarga yang senang.

                                     

 

2. Kata Nafi 'tidak'

 

Kata nafi 'tidak' digunakan untuk menafikan sesuatu dalam frasa kerja dan frasa adjektif.

 

Contoh : 

                  (FRASA ADJEKTIF)

- Rumahnya tidak besar.

 

                             (FRASA KERJA)

- Samad tidak dipilih mewakili sekolah.

                             

 

Cubalah kawan-kawan! 

 

Pilih kata nafi yang betul untuk setiap ayat yang diberikan dan kongsikan jawapan anda di dalam ruang komen di bawah. 

 

1. Datuk dan nenek saya ( tidak / bukan ) warga negara Malaysia tetapi Indonesia.

2. Mereka menjumpai Husin ( tidak / bukan ) untuk bertengkar tetapi untuk berdamai.

3. Rantai emas yang dijumpai di bawah meja itu ( tidak / bukan ) milik ibu.

4. Murid yang nakal itu ( tidak / bukan ) berani berjumpa dengan guru disiplin.

5. Adik berasa kecewa kerana ( tidak / bukan ) dipilih dalam pertandingan itu.

6. Abang yang nakal itu ( tidak / bukan ) mahu mendengar nasihat ibu dan ayah.

7. Leman ( tidak / bukan ) berani lagi untuk keluar berjalan sehingga larut malam.

8. Adik ( tidak / bukan ) ke sekolah pada hari ini kerana sakit demam panas.

9. Wang itu diserahkan kepada pihak polis kerana ( tidak / bukan ) milik kami.

10.Hanif terpaksa berjalan pulang kerana wangnya ( tidak / bukan ) mencukupi.

 

Selamat Mencuba!

 

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa 

 

 

 

 

Please reload

Featured Posts

Marilah Belajar Peribahasa!

17 Jul 2018

1/3
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive