Saya Boleh Mengarang Pt 2

30 Oct 2018

 

 

 

Mengembangkan Watak

 

Untuk menghidupkan watak-watak, kita mesti cuba menggambarkan serba-sedikit ciri-ciri fizikal mereka yang dapat kita lihat, dengar, bau atau sentuh. Antara unsur-unsur fizikal yang boleh diketengahkan ialah

 

Raut Wajah 

Rambut

Badan

Pakaian

Tingkah Laku

Suara

Sentuhan tangan 

Bau badan 

 

Apabila hendak memerikan perwatakan seseorang pula, kita harus memberikan contoh-contoh atau bukti-bukti yang boleh menunjukkan perwatakannya itu. 

 

Perwatakan : 

Pelokek 

 

Contoh

1. Ahmad cepat-cepat makan apa yang dibelinya sebelum adik-adik lain dapat meminta sedikit. 

2. Pak Mail sanggup meminta wang tukar apabila menderma. 

 

Perwatakan :

Bengis 

 

Contoh

1. Puan Lim menghentak meja sebelum sempat anaknya menghabiskan ayatnya. 

2. Samad mencampakkan kain baju ke muka isterinya. 

 

Perwatakan : 

Manja

 

Contoh : 

1. Dia merengek-rengek memujuk ibu agar membenarkannya menghadiri majlis hari jadi temannya di Pantai East Coast. 

2. Adik mula menghentak-hentakkan kaki apabila ibu tidak mahu membelikannya anak patung beruang itu. 

 

 

 

Lihat contoh di bawah ini. 

Perhatikan bagaimana pemerian watak dapat menimbulkan gambaran yang lebih jelas tentang penjahat tang dihadapi penulis dan bagaimana penampilan mereka sahaja sudah dapat menimbulkan kegerunan dan syak wasangka penulis. 

 

 

 

Itu sahaja buat Saya Boleh Mengarang edisi 2. Semoga maju jaya adik-adik!

 

#StrategiSelasa bersama Pusat Bahasa Nusa 

#Best Malay Tuition in Singapore 

Please reload

Featured Posts

Marilah Belajar Peribahasa!

17 Jul 2018

1/3
Please reload

Recent Posts
Please reload

Archive