Primary and Secondary Malay & Higher Malay Language Mastery™ Programmes @ Pusat Bahasa NUSA

Lemah dalam mata pelajaran Bahasa Melayu atau ingin mengekalkan gred cemerlang A1 dan A*?

Ayuh ikuti program tuisyen di Pusat Bahasa NUSA dan sertai kami dalam misi untuk mendalami ilmu berbahasa sekarang!

  • Adakah anak anda lemah dan benci mata pelajaran Bahasa Melayu? 

 

  • Adakah anda memerlukan seorang pembimbing Bahasa Melayu yang sesuai untuk Anak anda?

 

  • Adakah anak anda mempunyai masalah kurang keyakinan dan kepercayaan diri semasa menduduki peperiksaan? 

  • Adakah gred A* seakan jauh dari jangkauan anak anda?

Jangan risau!

Kelas-kelas di Pusat Bahasa Nusa disusun khas buat murid-murid yang memerlukan bimbingan asas dan juga ingin mencapai kecemerlangan dalam mata oelajaran Bahasa Melayu. 

Guru-guru kami yang terlatih akan memastikan anak anak anda akan mencintai Bahasa Melayu dan dengan sendirinya terdorong untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa mereka.  

 

Kami di Pusat Bahasa Nusa mengambil pendekatan holistik dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Para pelajar akan mengasah kemahiran mereka dari sudut :

 

 

 

 

 

 

 

 

Guru-guru kami yang terlatih akan memastikan anak anak anda akan mencintai Bahasa Melayu dan dengan sendirinya terdorong untuk mempertingkatkan penguasaan bahasa mereka.  

Pengasas Pusat Bahasa NUSA - CIkgu Hayati Abdullah

Cikgu Hayati Abdullah merupakan seorang mantan guru Bahasa Melayu/Bahasa Melayu Lanjutan dari Sekolah Menengah Cedar dan Sekolah Menengah Damai. Seorang penggiat Bahasa, beliau telah lama berkecimpung dalam bidang bahasa dan sastera Melayu sejak di bangku sekolah lagi. Bekas pelajar Sekolah Menengah Raffles, Maktab Rendah Temasek dan Universiti Nasional Singapura (NUS), Cikgu Hayati giat menyertai pelbagai peraduan kreatif seperti bahas, pidato dan penulisan sastera. Minat serta kebolehan beliau dalam berbahasa jelas terbukti apabila beliau berjaya meraih biasiswa Mendaki dan beberapa anugerah, antaranya daripada persatuan 4PM sebagai pembahas terbaik.

Berbekalkan pengalaman dan pengetahuan yang mendalam, beliau telah menghasilkan tiga siri buku panduan mengarang yang diterbitkan oleh Education Publishing House (EPH), khususnya untuk pelajar sekolah rendah (Darjah 1-6). Kini, Cikgu Hayati Abdullah mengajar tuisyen sepenuh masa disamping menjadi guru pembimbing dan penasihat untuk program-program pengayaan yang dijalankan oleh Pusat Nusa Bahasa.

Mengapa pilih Pusat Bahasa NUSA?

  1. Menggunakan pendekatan sesuai untuk membimbing pelajar dengan konsep pembelajaran yang mudah, kreatif dan inovatif

  2. Mematuhi piawaian dan sukatan pelajaran yang digariskan oleh Kementerian Pendidikan (MOE)

  3. Menyediakan ruang belajar dan kelas yang bersih, ceria serta kondusif bagi memastikan keselesaan pelajar

  4. Mengadakan kelas dalam lingkungan pelajar yang kecil sahaja, bergantung kepada keluasan kelas yang ada

  5. Melantik tenaga pengajar yang mempunyai pengalaman, kelayakan dan latar pendidikan yang baik

  6. Menghasilkan pelbagai bahan bacaan dan bahan rujukan sendiri seperti buku ‘Saya Boleh Mengarang’ terbitan EPH, majalah ‘Kembara Nusa’ dan kertas jawapan bagi soalan peperiksaan peringkat O & N terbitan Shinglee Publishers

2020 malay resources.jpg

Melentur buluh biarlah daripada rebungnya

 

Kami percaya bahawa pendedahan awal kepada bahasa Melayu yang baik amat penting bagi anak-anak. Oleh itu, kami menawarkan kelas tuisyen bahasa Melayu bagi peringkat pra-sekolah untuk memberikan mereka permulaan awal untuk subjek ini. Pusat Bahasa Nusa akan memastikan bahawa bahan-bahan yang digunakan untuk para pelajar peringkat awal ini sesuai agar membuat mereka rasa seronok untuk belajar. Contohnya, kami menggunakan kemudahan teknologi dalam kelas tuisyen dengan menyisipkan tayangan video animasi atau filem Melayu bagi membiasakan diri dengan penggunaan bahasa Melayu dalam pertuturan.

Kami juga menawarkan kelas tuisyen bagi pelajar sekolah rendah dan sekolah menengah. Kami akan membimbing mereka secara menyeluruh dari sudut kemahiran mendengar, bertutur, membaca dan menulis. Selain daripada latihan bertulis, para pelajar juga akan didedahkan kepada bahan-bahan pengajaran lain di internet, akhbar, majalah serta buku-buku fiksyen dan bukan fiksyen dalam bahasa Melayu. Hal ini diterapkan dengan memberi penekanan khusus kepada aspek lisan, karangan, kefahaman dan bahasa yang menjadi komponen bermasalah untuk kebanyakan para pelajar.

(a) Lisan

  • Pengumpulan bahan-bahan berdasarkan tema secara beterusan

  • Bimbingan secara peribadi untuk mengasah kemahiran bertutur

  • Bimbingan secara berkumpulan untuk saling berkongsi idea dengan teman-teman

  • Pelajari cara meningkatkan taraf jawapan (Penerangan berdasarkan gambar dan perbualan)

 

(b) Kertas Bahasa

  • Penekanan pada pengukuhan asas tatabahasa dan teknik menjawab

  • Memanfaatkan bahan-bahan latihan Kertas Bahasa untuk membantu aspek Lisan dan Karangan mereka (cth: penggunaan peribahasa)

 

(c) Karangan

  • Pegumpulan bahan secara berterusan untuk Jurnal Penulisan (tabungan untuk isi dan kosa kata dalam karangan)

  • Menggunakan bahan asli (teks daripada akhbar/majalah/buku/teks-teks pemahaman) untuk dijadikan sebagai contoh penulisan

  • Mempelajari ciri-ciri penulisan hebat seperti dalam buku 'Saya Boleh Mengarang'

berita 2018.png

TESTIMONI

Programmes Offered in 2020

  • KG 1 and KG2 Malay Enrichment

  • Primary 1 to 4 Standard Malay

  • Primary 5 & 6 Malay and Higher Malay

  • Primary 5 & 6 Weekly Karangan

  • Secondary 1 to 4 Malay and Higher Malay

School Holiday and Enrichment Programmes

  • Saya Boleh Mengarang Creative Writing Programme (P1 to P6)

  • PSLE Malay Preparatory Workshop Paper 1 and Paper 2

  • Primary 6 to Secondary 1 Malay Bridging Programme

  • O-Level Malay/Higher Malay Preparatory Workshops

Venue

 

1) Edufront @ Pasir Ris

Address: Blk 614 Elias Road #01-120 S 510614

 

2) Edufront @ Yishun

Blk 103 Yishun Ring Road #02-85 Yishun S 760103

 

3) Edufront @ Choa Chu Kang

Blk 217 Choa Chu Kang Ave Central #B1-212

Singapore 680217

 

4) Edufront @ Serangoon North

Blk 533 Serangoon North Ave 4 #B1-233 Singapore 550533

Tempat terhad, daftarlah sekarang!

>>>>>

2020 PSLE Malay Promotion

  • PSLE Mastery Package promotion of up to 20% discount with English, Maths and Science.

  • To find out more about our 2020 PSLE Mastery Programmes and Promotion with our parent company Edufront Learning Centre, click HERE

Key Programme Features

 

  • Small group of 1 to 10 tutor-student ratio for greater individualised attention

  • Highly qualified and experienced Malay Language specialist tutors (majority are NIE-trained, current or former MOE teachers)

  • Differentiated teaching approaches to cater students with different achievement levels and learning styles

  • Comprehensive teaching and learning resource developed in-house by our team of Curriculum Developers headed by our Principal Cikgu Hayati Abdullah.​

2020 Malay and Higher Malay Primary and Secondary Weekly Mastery Classes

For Enquiries:

Call: 97249422 (Mr Yang Iskandar)

(SMS/Whatsapp prior to calling appreciated)

 

Email: principal@edufront.com